Pembelajaran Al-Quran seolah-olah terhenti apabila individu tersebut terjun ke bidang pekerjaan. Seharusnya pembelajaran al-Quran ini menjadi pembelajaran sepanjang hayat yang tiada tempoh hentinya.
Ini kerana usia muda dan tua harus di isi dengan ibadah yang perlu bersandar kepada ilmu.
Menuntut ilmu al-Quran secara berterusan dalam melazimi ibadah sangat membantu warga emas untuk terus kekal hidup secara aktif dan positif. Menurut kajian sains, warga emas yang mempelajari al-Quran dapat menurunkan tekanan darah, denyutan nadi normal dan membawa aura gelombang positif.
Oleh sebab itu, al-Quran seharusnya dijadikan sumber kekuatan dan cahaya keimanan yang harus di pegang sehingga akhir kehidupan. Tanpa kekuatan dari al-Quran, warga emas yang sedia lemah akan melalui fasa tua dengan kesedihan, rasa putus asa dan penyesalan.
Quranfuture.com menawarkan kemudahan pembelajaran al-Quran secara harfiah dan mudah difahami.
Bagi warga emas yang baru ingin memulakan pengajian, aplikasi ini sesuai bagi memantapkan ingatan melalui pengulangan dan latihan pada setiap ayat al-Quran.
Dengan komitmen pekerjaan setiap hari, hanya 15 minit sahaja diperlukan untuk fokus pada pembelajaran ayat mudah dan berkesan.