Ayat Seribu Dinar terdiri daripada ayat 2 dan 3 Surah At-Talaq. Ayat Seribu Dinar merupakan amalan yang sering diamalkan dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri.
Ramai yang mengamalkan ayat ini bertujuan untuk meminta Allah agar mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelesaian masalah. Namun, amalan ini haruslah diamalkan secara istiqamah.
Maksud Ayat Seribu Dinar
Waman yatta qillaha yaj’al lahu makhroja.
Maksud: Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)
Wa yarzuquhu min haithu la yahtasibu wa man yatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu innallaha baalighu amrihi qad ja’alallahu likulli syai in qadra.
Maksud: Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Kelebihan Ayat Seribu Dinar
Berikut adalah kelebihan Ayat 1000 Dinar:
- Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
- Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
- Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
- Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
- Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Jika dibaca berulang-ulang kali, dapatlah difahami bahawa ayat tersebut mengadungi dua pengajaran iaitu supaya kita sentiasa bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan kita hanya kepada Allah.
Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran, maka sudah tentu Allah tempat penentu dan hati akan redha dan lapang menerima segala ketentuan.