Bulan Zulhijjah bakal tiba, pastinya ramai yang ingin melakukan ibadah korban bersama keluarga tercinta. Antara tips untuk melakukan ibadah korban dengan lebih sempurna ialah :
- Melaksanakan Ibadah Korban Dengan Ilmu
Sebelum melaksanakan ibadah korban, sebaiknya kita berusaha dahulu mempelajari ilmu berkenaan ibadah ini. Ini kerana ibadah korban yang dilakukan ini menjadi tanda ketaatan kita sebagai hamba kepada Allah SWT.
Apabila melakukan ibadah dengan ilmu yang betul, insyaAllah dapat memberikan kepuasan dan kegembiraan apabila kita berjaya melaksanakannya.
- Lakukan Ibadah Korban Mengikut Masa Tertentu
Pelaksanaan ibadah korban tidak akan sempurna sekiranya tidak dilakukan pada hari tasyrik yang jatuh pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Tarikh lain sebelum atau selepas dikira tidak sah untuk lakukan sembelihan korban.
Oleh itu, perlunya penyusunan masa dan tenaga kerja bagi kerja-kerja melapah daging dan sebagainya. Kebiasaannya, ibadah korban ini dilakukan secara bergotong-royong.
- Menyediakan Kewangan Yang Mencukupi
Kos satu bahagian haiwan sembelihan juga semakin meningkat saban tahun. Oleh itu, perlunya perancangan awal kewangan untuk menyertai ibadah korban.
Ada yang mengumpul duit dengan bermain kutu bersama rakan-rakan, ada yang mula mengumpul setahun lamanya. Apabila kita bersedia mengumpul kewangan awal, tidaklah rasa kos yang dikeluarkan terlalu besar apabila tibanya bulan Zulhijjah.
- Memilih Haiwan Sembelihan Yang Baik & Berkualiti
Setiap haiwan korban yang dipilih sebaiknya daripada baka yang elok, umur yang cukup dan dijaga dengan baik demi memastikan semua berpuas hati dengan ibadah yang dilaksanakan serta penerima manfaat dapat menikmati daging yang berkualiti. Buat yang melaksanakan ibadah korban di luar negara, pastikan pihak yang menguruskan itu melunaskan tanggungjawab dengan amanah.
Akhir sekali, selalu ingat bahawa ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan dengan niat ikhlas dan penuh kepatuhan kepada Allah. Jangan lupa untuk berdoa dan memohon ampunan serta keberkahan dalam setiap ibadah yang anda lakukan.