Ibu bapa pastinya menginginkan yang terbaik untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Berikut adalah beberapa perkara yang dapat anda pertimbangkan untuk memilih tempat mengaji yang sesuai buat anak-anak :
- Pengalaman Pengajar
Pastikan tempat mengaji yang dipilih mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti dan berpengalaman dalam mengajar anak-anak. Tenaga pengajar tersebut hendaklah memiliki pemahaman yang baik tentang ilmu tajwid Al-Quran dan memilih cara pengajaran yang sesuai buat anak-anak. Guru-guru yang berpengalaman kebiasaannya mudah menarik minat anak-anak.
- Keselesaan Tempat
Pilihlah tempat yang mempunyai fasiliti yang selesa dan sesuai buat anak-anak. Selain itu, method pengajaran yang menarik juga membuatkan anak-anak tidak sabar untuk ke kelas mengaji. Terdapat pelbagai teknik pengajaran Al-Quran yang menarik. Contohnya, Al-Baghdadi, tilawah dan sebagainya.
Tempat yang bersih dan mempunyai
- Jumlah Pelajar
Jumlah pelajar juga mempengaruhi keselesaan anak-anak ketika belajar. Sebaiknya pengajian dijalankan secara kelompok kecil supaya perhatian dapat diberikan secara baik untuk anak-anak. Anak-anak dapat mengaji secara one-by-one bersama ustaz/ustazah tanpa perlu menunggu terlalu lama giliran untuk membaca Al-Quran.
- Harga & Pakej Mengikut Kemampuan
Pilihlah pakej yang sesuai dan tidak membebankan kewangan ibu bapa. Jadual pembelajaran yang fleksibel juga membantu ibu bapa menyusun jadual untuk anak-anak. Tambahan sekarang juga terdapat pengajian ustaz/ustazah ke rumah. Barapa jam diperuntukkan untuk anak-anak mempelajari Al-Quran dan bagaimana kaedah yang boleh membuatkan anak-anak lebih fokus.
Setelah memilih tempat mengaji, ibu bapa juga perlu memantau prestasi anak-anak. Jika tiada perubahan ketika membaca Al-Quran samada semakin baik atau buruk, maka tindakan selanjutnya perlu dilakukan. Mungkin kaedah pembelajaran tidak sesuai atau guru kurang berpengalaman. Ini yang perlu ibu bapa berikan perhatian.
Yang penting, ibu bapa jangan berputus asa memberikan pembelajaran yang terbaik buat anak-anak.